Monday, August 17, 2009

Ust Asri Rabbani Dalam Kenangan


Asri Rabbani Dalam Kenangan

"Aku adlh pgejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adlh tmpt mpersiapkn sgla sstu u meraih syurga akhirat. aku ykin bhw syurga akhirat xakn prnah dpt aku raih kecuali aku blh mnikmati syurga dunia trlbih dhlu.Mka rumah & kluargaku adlh syurga dunia pling indah wtku. Tmpat krja syurga dunia hrianku. Ttangga, msyrkat,& bngsa adlh syurga duniaku y lebih luas. Ke mnapn & smpai bila2 syurgaku selalu bersamaku".
KUALA LUMPUR - Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.
Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.
Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen
Malaysia (RTM).
Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam.
"Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.
"Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.
"Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri," jelasnya.
SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.
Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

1 comment:

  1. alhamdulillah, berita pemergian ustaz asri mendapat tempat di akhbar utama selama lebih kurang seminggu. Kira buleh challenge berita kematian yasmin ahmad. Cuma sedikit terkilan pabila media elektronik x cover dgn memutarkan lagu2 dakwah ustaz asri sepertimana filem arahan yasmin ahmad dimainkan di tv. Mungkin begitulah nilai agama di sisi ummat sekarang...

    ReplyDelete